Saturday, October 9, 2010
TeRiMa KaSiH........

kadang2 kita x sedar.. hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan... dah hampir saetahun berada di SMT.Tunku Abdul Rahman Putra, Pulau Pinang.. Selain itu, dsini aku dapat banyak pengalaman sama ada kwn2, guru2 dan x lupa jugak drp anak2 didik ku.. Thank you so much!!.. Walaupun ada yg tak puas hati, minta maaf banyak2 sbb sy bukan manusia yang sempurna..Pada guru2 SMT TARP, gudluck forever demi anak2 bangsa kita.. Anak2 didik belajar rajin2 untuk masa depan kamu...
SeLaMat ULanG tAhuN Ke 2.......

Luahan hati, bisik-bisik suara kecil dan warna warni kehidupan telah ku coretkan di kotak infomasi ini. sedar tak sedar usianya sudah 2 tahun di alam maya.. Banyak informasi yang boleh dicoretkan, dibaca dan diterjemahkan untuk kita semua.. Kebelakangan ini, teknologi maklumat semakin pantas tidak mampu dikawal oleh fizakal kita, apa yang mampu lihat, mengikiut dan sebagainya... SELAMAT ULANG TAHUN KE 2.. Moga berjaya memodenkan pemikiran manusia sejagat...
Saturday, October 2, 2010
PeMergiaN AyaHanDa TerCinTa.....

Kini hampir 40 hari pemergian ayah yang tercinta ke dunia kekal abadi.. tp hati ku masih terasa kehilangan seseorang ayah yg aku sayangi... Aku belum lagi sempat membalas jasa ayah ku..yang telah membesar ku sehingga aku menjadi seperti sekarang.. Aku sedar, kegarangan mu satu ketika dulu adalah untuk kebaikan aku dan adik beradik yang lain.. Aku reda atas apa yang terjadi selama ni.... tp aku sangat terkilan apa yang terjadi... Ayah aku doakan kamooo tergolong dalam golongan yang beriman dan juga terdiri drp ahli2 syurga...ayah...MUSTAFA BIN YUSSOF kembali kerahmatullah pada Jumaat 10/09/2010 bersama 1 Syawal 1431 Hijrah... Anak2 Mu sentiasa akan mengingati mu... Ya Allah, tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun, aku hamba yang hina berdoa kau cucurilah rahmat keatas ayahanda ku , kau permudahkan urusannya dialam kubur. Sesungguhnya KAMO mengetahui segala2nya..Ya Allah Ya tuhan ku, jangan kau pesongkan hati kami untuk melakukan kemungkaran di atas muka bumi Mu ini Ya Allah..Amin..Amin Ya rabul Al lamin...
Saturday, August 21, 2010
Tuesday, August 17, 2010
PerCubaAaN SPM daH naK MuLa.......
Salam 1 Malaysia.. Peperiksaan Percubaan SPM tinggal beberapa hari je lagi.. Dalam Keadaan genting ini tentu ada yang mula bergelabah.. Mungkin belum buat ulang kaji dan sebagainya..Selalunya budak lelaki yang membuat persiapaan di saat-saat akhir. Mereka mengibaratkan seorang " Hero Hindustan". Kebiasaannya hero hindustan beraksi di saat - saat genting untuk melawan pihak lawan..Simpulan ini tidak boleh di gunakan sama sekali kalau hendak maju.. Di sini cikgu lampirkan beberapa soalan Puisi Moden yang anda pelajari... Cuba yang terbaik...
Soalan 2 (d)ia Petikan Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri
Duhai Pentafsir
Pentafsir sebenarnya telah lama ku cari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
Di manakah tempat istirehat
Setelah pengembaraan yang penat
Di manakah telah kau rakamkan
Pertemuan matahari, rimba dan lautan?
Senja itu menemuiku
Dengan lusuh catatanmu
Angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan
Lembar-lembar buku
Sedang aku belum ketemu
Surat yang kau tuliskan padaku
Telah hilangkan ia
Atau kau tidak pernah menulisnya
Ah, aku tidak biasa tidur dan melupakan
Racun keresahan telah membunuh lenaku
Sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu
Kiranya terdampar dalam angin yang ragu
Yang tidak mengenal arah tiupannya
Angin tanpa sabar yang telah melunturkan
Kehijauan dalam keriangan masa kecilku,
Pentafsir, musim telah terlalu tua
kacajendela menjadi kelabu
Dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmu
senjapun semakin larut
lembar-lembar jadi semakin kuning
Apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini
Di samping pusaramu yang sepi
Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar
Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
Adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjemihkan mataku
Zurinah Hassan
(i) Terangkan maksud baris "racun keresahan telah membunuh lenaku"? [2m]
(ii) Apakah yang merisaukan penyajak semasa menghasilkan catatannya? [4m]
(iii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? [3m]
2(d)ib Petikan Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri
Di Ruang Gemanya
Telah kurangkumkan rebah setiaku
Pada setiap pilu dan rindu
Melayang dan mengembang
Ke hayat gemilang.
Sejak itu
Tidak kukesal lagi
Goda dan duga
Digerimis senja
Telah ku pahatkan lelah umurku
Pada setiap kerikil dan debu
Datang dan menghilang
ke hujung kenang.
Sesudah itu
tidak kukenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.
gerimis senja guruh pagi
Adalah titipan maya
bakal ku kongsi hati
mengukir tadbir di ruang gemanya.
DHARMAWIJAYA
Antologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i)Nyatakan tema sajak di atas. Apakah yang menjadi azam penyajak menurut sajak
diatas?[2m]
(ii)Ada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat tidak setia kepada
negara?[3m]
(iii)Bincangkan penggunaan gaya bahasa dalam sajak tersebut? [4m]
2(d)ic Petikan Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.
Jalan-jalan Raya Kotaku
Saban waktu sepanjang perjalanan
Jalan-jalan raya kotaku
Lewat senja begini
Tika gerimis menabur benih
Menerima kehadiran warga kota
Lemas dalam kesabaran
Lelah meresahkan
Dengan luka parah di hati
Ketidaksabaran membengkak
Kesombongan merajai setiap ruang
Semakin padat dengan emosi
Kebosanan menggigit pangkal rasa
Demikian etika perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserekahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
Fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.
Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
Perlumbaan kebiadaban
Para pesakit
Kemanusiaan semakin mandul
Pada penghujung musim
(Dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(I) Apakah maksud rangkai kata memacu menghimpun kekuatan? [2m]
(II) Berdasarkan sajak, nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku kepada warga kota
Seperti yang dinyatakan oleh penyajak ? [4m]
(III) Apakah reaksi anda apabila membaca sajak tersebut? [3m]
Cuba buat soalan ni, mana tau ada salah satu yang keluar dalam peperiksaan.. Cikgu doakan kamu semua berjaya... Wassalam
Thursday, August 12, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)