Tuesday, August 17, 2010

PerCubaAaN SPM daH naK MuLa.......

Salam 1 Malaysia.. Peperiksaan Percubaan SPM tinggal beberapa hari je lagi.. Dalam Keadaan genting ini tentu ada yang mula bergelabah.. Mungkin belum buat ulang kaji dan sebagainya..Selalunya budak lelaki yang membuat persiapaan di saat-saat akhir. Mereka mengibaratkan seorang " Hero Hindustan". Kebiasaannya hero hindustan beraksi di saat - saat genting untuk melawan pihak lawan..Simpulan ini tidak boleh di gunakan sama sekali kalau hendak maju.. Di sini cikgu lampirkan beberapa soalan Puisi Moden yang anda pelajari... Cuba yang terbaik...



Soalan 2 (d)ia Petikan Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri


Duhai Pentafsir


Pentafsir sebenarnya telah lama ku cari
suaramu yang sarat
ke mana jatuhnya gema itu?
Di manakah tempat istirehat
Setelah pengembaraan yang penat
Di manakah telah kau rakamkan
Pertemuan matahari, rimba dan lautan?

Senja itu menemuiku
Dengan lusuh catatanmu
Angin sedang cuba mengoyak-ngoyakkan
Lembar-lembar buku
Sedang aku belum ketemu
Surat yang kau tuliskan padaku

Telah hilangkan ia
Atau kau tidak pernah menulisnya
Ah, aku tidak biasa tidur dan melupakan
Racun keresahan telah membunuh lenaku
Sejak kudahagai penawar dalam lautan nota-notamu
Kiranya terdampar dalam angin yang ragu
Yang tidak mengenal arah tiupannya
Angin tanpa sabar yang telah melunturkan
Kehijauan dalam keriangan masa kecilku,

Pentafsir, musim telah terlalu tua
kacajendela menjadi kelabu
Dan aku telah terlalu lesu
untuk menari bersama bayang-bayangmu
senjapun semakin larut
lembar-lembar jadi semakin kuning
Apakah aku harus mengebumikan buku-buku ini
Di samping pusaramu yang sepi

Hentikan ejekanmu
biar kupecahkan kaca ini
melihat keluar
Lalu mengenal
rumpun-rumpun yang redup
Adalah pengakuanmu, Tuhanku!
yang menjemihkan mataku

Zurinah Hassan

(i) Terangkan maksud baris "racun keresahan telah membunuh lenaku"? [2m]
(ii) Apakah yang merisaukan penyajak semasa menghasilkan catatannya? [4m]
(iii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak di atas? [3m]




2(d)ib Petikan Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri


Di Ruang Gemanya


Telah kurangkumkan rebah setiaku
Pada setiap pilu dan rindu
Melayang dan mengembang
Ke hayat gemilang.

Sejak itu
Tidak kukesal lagi
Goda dan duga
Digerimis senja

Telah ku pahatkan lelah umurku
Pada setiap kerikil dan debu
Datang dan menghilang
ke hujung kenang.
Sesudah itu
tidak kukenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.

gerimis senja guruh pagi
Adalah titipan maya
bakal ku kongsi hati
mengukir tadbir di ruang gemanya.

DHARMAWIJAYA
Antologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka.



(i)Nyatakan tema sajak di atas. Apakah yang menjadi azam penyajak menurut sajak
diatas?[2m]
(ii)Ada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat tidak setia kepada
negara?[3m]
(iii)Bincangkan penggunaan gaya bahasa dalam sajak tersebut? [4m]



2(d)ic Petikan Puisi
Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat-ayat anda sendiri.


Jalan-jalan Raya Kotaku

Saban waktu sepanjang perjalanan
Jalan-jalan raya kotaku
Lewat senja begini
Tika gerimis menabur benih
Menerima kehadiran warga kota
Lemas dalam kesabaran
Lelah meresahkan
Dengan luka parah di hati

Ketidaksabaran membengkak
Kesombongan merajai setiap ruang
Semakin padat dengan emosi
Kebosanan menggigit pangkal rasa

Demikian etika perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserekahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
Fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
Perlumbaan kebiadaban
Para pesakit
Kemanusiaan semakin mandul
Pada penghujung musim

(Dalam antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka)



(I) Apakah maksud rangkai kata memacu menghimpun kekuatan? [2m]
(II) Berdasarkan sajak, nyatakan perubahan-perubahan yang berlaku kepada warga kota
Seperti yang dinyatakan oleh penyajak ? [4m]
(III) Apakah reaksi anda apabila membaca sajak tersebut? [3m]



Cuba buat soalan ni, mana tau ada salah satu yang keluar dalam peperiksaan.. Cikgu doakan kamu semua berjaya... Wassalam










Thursday, July 8, 2010

Di maNe SiLap KiTa???

Susah kita nak menjawab persoalan ini. Semua pihak menunding jari antara satu sama lain.. Semakin hari masalah ni tetap membelenggu kehidupan kita.. Adakah ini salah guru, ibu bapa atau mereka-mereka yang berkuasa menggunakan pengaruh politik..

Sunday, July 4, 2010

Pesta Futsal Celcom Padang Kota..


Ambank Team

Layar Gergasi bagi siaran langsung worldcup antara Argentina vs Germany 0-4


Fahmi & Rafi

Pertandingan futsal anjuran celcom yang menawarkan hadiah yang lumayan berbentuk wang tunai sebanyak RM30,000.00 bagi johan pertandingan

FiesTa FutSaL SMT TAR Putra...











Pertandingan futsal antara Dorm Di Asrama SMT TAR PutRA pada 27/06/2010 yang berlangsung di padang SMT TAR. Pertandingan ini terdiri daripada dua ketegori iaitu lelaki dan perempuan.

Thursday, July 1, 2010

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Pantun tergolong dalam genre puisi tradisional. Bentuk pantuk yang paling luas digunakan ialah pantun empat kerat. Dua baris pertama mewakili pembayang maksud yang bertemakan unsur alam atau kerenah manusia. Dua baris akhir mewakili maksud sebenar yang hendak disampaikan.

Antologi "Harga Remaja", iaitu teks komsas tingkatan 4 menampilkan dua nukilan pantun empat kerat yang bertemakan budi dan jenaka. Pantun Budi diselenggarakan oleh Dr. Anwar Ridhuan (halaman 5) mengandungi 4 rangkap. Pantun Jenaka (halaman 6) pula diselenggarakan oleh Dr. Harun Mat Piah mengandungi lima rangkap.

Pantun Budi menceritakan perihal budi yang baik bakal diingati orang. Selain itu, budi yang baik akan menjadi sebutan orang sepanjang masa. Pada keseluruhannya, budi dikaitkan dengan nama baik seseorang.


Rangkap 1: Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Jelas sekali bahawa pemantun mahu dirinya dikenang dengan sebutan nama baik, iaitu budi.

Rangkap 2: Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggakan nama.
.
Sekali lagi penegasan tentang nama baik seseorang dibawa hingga ke mati. Budi yang di tabur oleh si mati akan tetap menjadi sebutan.

Rangkap 3: Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Budi, tidak kira sedikit atau banyak tidak akan hilang atau luput daripada kenang-kenangan orang yang pernah menerima budi.

Rangkap 4: Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Budi dikaitkan dengan kasih sayang. Orang yang menerima budi menganggap dirinya berhutang seribu tahun. Maknanya, hutang budi dikenang sepanjang hayat dan dibawa ke mati.


Tugasan:

a) Berikan maksud resam di dunia. (1 markah)

b) Nyatakan tiga kepentingan budi yang baik terhadap seseorang. (3 markah)

c) Jelaskan dua cara anda membalas budi baik seseorang. (4 markah)


Analisis Tugasan Soalan:

a) Soalan petikan: memerlukan jawapan ringkas tanpa huraian.

b) Soalan petikan: Ambilan isi petikan, tetapi perlu diprosakan mengikut ayat penyata.

c) Soalan KBKK: Isi luar petikan, perlu penjelasan tentang dua cara.


Cadangan Jawapan:

a) Maksudnya ialah adat kehidupan.


b) Kepentingan budi yang baik ialah menjadi kenangan orang lain, disebut hingga ke mati, dan
dianggap sebagai hutang oleh si penerima budi.

c) Saya akan membalas budi seseorang dengan cara mengucapkan terima kasih supaya dia
berasa dihargai. Selain itu, saya akan berdoa agar orang berkenaan dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki.

Cinta...