Saturday, October 30, 2010

CiRi-CiRi PelajaR IslaM YanG CeMerLang..

  • Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
  • Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
  • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
  • Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
  • Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.
  • Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
  • Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
  • Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.
  • Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.
  • Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
  • Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
  • Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
  • Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
  • Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
  • Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
  • Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
  • Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
  • Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
  • Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
  • Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
  • Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
  • Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan
  • Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
  • Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
  • Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.
  • Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
  • Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.
  • Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
  • Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
  • Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
  • Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
  • Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
  • Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.
Di atas adalah antara-antara tips yang berguna untuk menjadi seorang yang cemerlang sama ada daripada jasmaniah dah rohaniah.Bak kata pepatah "Nak seribu daya tak hendak seribu dalih". InsyaAllah marilah kita bersama mengamalkan tips-tips yang diberikan sebagai panduan menjadi pelajar islam yang cemerlang, gemilang dan terbilang...

Bengkel Pengetahuan & Kemahiran Tatabahasa

Tarikh : 30 Oktober 2010

Hari : Sabtu

Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Penguasaan pengetahuan dan kemahiran tatabahasa dalam kalangan murid berdasarkan peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan percubaan SPM perlu dipertingkatkan bagi memastikan keseluruhan pelajar memperolehi A+ dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Oleh hal demikian satu bengkel telah diadakan bagi memastikan murid memperolehi teknik dan strategi menjawab peperiksaan dengan betul.


Pn. Zafrun Nisah sedang memberi tips terakhir sebelum pelajar menduduki peperiksaan SPM


Pelajar memberi tumpuan semasa bengkel ini dijalankan


Pelajar berbaris untuk mendapatkan soalan-soalan dan nota yang diagihkan oleh guru


Antara tenaga pengajar mata pelajaran Bahasa Melayu

Friday, October 29, 2010

KehenDakNYA.............

Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam bermacam bentuk, seperti.

1- Cubaan badaniah dan rohaniah yang berupa penyakit, luka, cacat pandangan salah satu anggota tubuh, rasa susah, gelisah, resah, duka cita, tidak aman danlain-lain lagi.

Gambar Hiasan

2- Cubaan melalui kekayaan, seperti kehilangan, kebakaran, kekurangan, kerosakan sebagainya.
3- Cubaan melalui anak dan keluarga, seperti sakit, gila, lumpuh dan lain-lain.


Gambar Hiasan

Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana.

a- Hasil undangan dari kedurhakaan manusia sendiri, hasil usaha perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia oleh Allah sebagai pembalasan langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayangNya untuk menghapuskan dosa kedurhakaannya di dunia ini, dan ia akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci dah bersih. Kemungkinan lainnya ialah untuk meninggikan mertabatnya, baik di dunia mahu pun di akhirat, iaitu apabila ia tidak mempunyai dosa yang harus mendapat hukuman.

b- Takdir Allah sendiri untuk menguji hamba-hambanya secara terus-menerus dirundung malang,dan nantinya akan di ganti di akhirat dengan rahmat dan juga keredhaanNya.

Apabila seseorang itu menghadapi segala cubaan, ujian dan rintangan dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan jalan yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh, gelisah atau pun berputus asa. Allah akan mempermudahkan jalanan hidupnya.Memudahkan hisab di akhirat nanti, dan memberkati hidupnya

Thursday, October 28, 2010

KoLEksI GaMbaR SMT.TARP

KADET BOMBA


PANDU PUTERI


PUTERI ISLAM


KADET REMAJA SEKOLAH
PEREMPUAN


BULAN SABIT MERAH
MALAYSIA



PASUKAN KADET BERSATU
MALAYSIA


PENGAKAP

Ayat Susunan Biasa & Ayat Songsang

Ayat Susunan Biasa

  1. Ayat yang didahului subjek dan di akhiri dengan predikat.
  2. Ayat Susunan biasa juga dikenali sebagai ayat biasa.
  3. Subjeknya terdiri daripada frasa nama manakala prediketnya terdiri daripada frasa nama, frasa sendi, frasa adjektif atau kata kerja

AYAT SUSUNAN BIASA = SUBJEK + PREDIKAT

4. Contohnya;

SUBJEK

PREDIKAT

1.Lelaki itu (FN)

ayah saya (FN)

2. Rahim (FN)

Ke dewan makan (FS)

3. Jurujual itu (FN)

Sangat rajin (FA)

4.Mereka (FN)

Mendaki bukit (FK)

Ayat Songsang

  1. Predikatnya didahului subjek
  2. Ayat Songsang juga dikenali sebagai pendepanan Prediket

a) Pendepanan seluruh predikat (ASSP)

b) Pendepanan sebahagian predikat (ASBP)

AYAT SONGSANG = PREDIKAT + SUBJEK

c) Contohnya;

- Pendepanan seluruh predikat

PREDIKAT

SUBJEK

1. Ayah saya (FN)

lelaki itu (FN)

2. Ke dewan makan (FS)

Rahim (FN)

3. Sangat rajin (FA)

jurujual itu (FN)

4. Mendaki bukit (FK)

mereka (FN)






- Pendepanan Sebahagian predikat

Contoh:

ASB: Pak Mail menebas lalang sambil bersiul

ASSP: Menebas lalang sambil bersiul Pak Mail

ASBP: Sambil bersuil Pak Mail menebas lalang

Wednesday, October 27, 2010

Ayat Aktif & Ayat Pasif...

Ayat Aktif

1.Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.

2.Ayat yang kata kerjanya berawalan men-

Contohnya:

  • Adik mencuci kasut sekolah.
  • Ayah membeli rumah itu.
  • Anda perlu menguasai bahasa yang baik

Ayat Pasif

1.Ayat yang menekankan objek dan perbuatannya berbanding "ayat aktif" yang menekankan si pelaku.

2.Kedua-dua ayat tidak ada kelainan makna apa pun.

3.Bagaimanapun, sasterawan dan penulis yang baik sering menggunakan ayat aktif dan ayat pasif secara sedar, bergantung kepada apa yang hendak

4.Ayat pasif terdiri daripada:

(a) Ayat Pasif diri pertama, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-

dan didahului kata ganti diri pertama seperti aku, kami, kita, saya, dan sebagainya.

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Pertama

(a) Saya mencuci kasut sekolah.

(b) Kita menerima keputusan itu.

(c) Aku akan memetik bunga itu.

(d) Kami sudah menyusun jadual itu.

(a) Kasut sekolah saya cuci.

(b) Keputusan itu kita terima.

(c) Bunga itu akan aku petik.

(d) Jadual itu sudah kami susun.

(b) Ayat Pasif diri kedua, iaitu ayat yang kata kerjanya tidak berawalan men-

dan didahului kata ganti diri kedua seperti awak, anda, kamu, engkau, dan sebagainya.

Ayat Aktif

Ayat Pasif Diri Kedua

(a) Anda harus menyiapkan kerja itu.

(b) Awak mesti menyerahkan surat itu.

(c) Engkau patut memulangkan duitnya.

(d) Kamu perlu membaiki kereta itu.

(a) Kerja itu harus anda siapkan.

(b) Surat itu mesti awak serahkan.

(c) Duitnya patut engkau pulangkan.

(d) Kereta itu perlu kamu baiki.

(c) Ayat Pasif diri ketiga, iaitu ayat yang kata kerjanya berawalan di-, diikuti kata sendi olehserta kata ganti diri ketiga seperti ia, dia, beliau, baginda, dan sebagainya.

Kata kerja aktif

Pasif diri pertama

Pasif diri kedua

Pasif diri ketiga

memberi

saya beri

anda beri

diberi

menyapu

kusapu

kausapu

disapu

melukis

kami lukis

kamu lukis

dilukis

membayar

kita bayar

anda bayar

dibayar

4.Ayat pasif "kena"

a)Ayat pasif yang menggunakan kata "kena" sebagai ganti untuk awalan "di" lebih banyak digunakan oleh orang dalam pertuturan.

b)Bagaimanapun, bentuk pasif ini boleh juga digunakan untuk gaya bahasa sebagai pilihan lain.

Penggunaan "kena"

Penggunaan "di"

Pemandu itu kena saman.

Pemandu itu disaman.

Budak nakal itu kena pukul.

Budak nakal itu dipukul.

Pencuri itu kena tangkap.

Pencuri itu ditangkap.

Thursday, October 21, 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2010 SMT. TARP Penang

Kerajaan telah mengisytiharkan Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan sebagai agenda nasional. Kempen ini bertujuan menggalakkan semua sektor awam dan swasta dalam penggunaan bahasa Melayu secara meluas selaras dengan hasrat kerjaan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sehubungan itu, Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra telah melaksanakan beberapa program untuk menjayakan program tersebut. Antara program yang dijalankan seperti Kuiz Kecelaruan Bahasa, Pertandingan Berpidato dan turut diadakan Perhimpunan Khas Bulan Bahasa Kebangsaan. Di sini kami paparkan beberapa photo yang telah diambil semasa aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan..


Peserta Tingkatan 4 bagi pidato



Peserta pidato tingkatan 6


Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Kokurikulum, Guru Kanan Tingkatan 6


Johan Pidato tingkatan 6


Johan pidato tingkatan 4

Monday, October 11, 2010

ProGraM MoTivaSi......


Video yang dipaparkan ini merupakan Program Motivasi dan Solat Hajat bagi pelajar tingkatan 5 dan yang akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM yang tidak lama lagi. Sehubungan itu, pihak sekolah telah menjemput waris pelajar untuk menjayakan program yang dilaksanakan..

FaktA MeNariK......

1.Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan
tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

3.Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

4.Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

5.Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.