Thursday, July 8, 2010

Di maNe SiLap KiTa???

Susah kita nak menjawab persoalan ini. Semua pihak menunding jari antara satu sama lain.. Semakin hari masalah ni tetap membelenggu kehidupan kita.. Adakah ini salah guru, ibu bapa atau mereka-mereka yang berkuasa menggunakan pengaruh politik..

Sunday, July 4, 2010

Pesta Futsal Celcom Padang Kota..


Ambank Team

Layar Gergasi bagi siaran langsung worldcup antara Argentina vs Germany 0-4


Fahmi & Rafi

Pertandingan futsal anjuran celcom yang menawarkan hadiah yang lumayan berbentuk wang tunai sebanyak RM30,000.00 bagi johan pertandingan

FiesTa FutSaL SMT TAR Putra...











Pertandingan futsal antara Dorm Di Asrama SMT TAR PutRA pada 27/06/2010 yang berlangsung di padang SMT TAR. Pertandingan ini terdiri daripada dua ketegori iaitu lelaki dan perempuan.

Thursday, July 1, 2010

PANTUN EMPAT KERAT (BUDI)

Pantun tergolong dalam genre puisi tradisional. Bentuk pantuk yang paling luas digunakan ialah pantun empat kerat. Dua baris pertama mewakili pembayang maksud yang bertemakan unsur alam atau kerenah manusia. Dua baris akhir mewakili maksud sebenar yang hendak disampaikan.

Antologi "Harga Remaja", iaitu teks komsas tingkatan 4 menampilkan dua nukilan pantun empat kerat yang bertemakan budi dan jenaka. Pantun Budi diselenggarakan oleh Dr. Anwar Ridhuan (halaman 5) mengandungi 4 rangkap. Pantun Jenaka (halaman 6) pula diselenggarakan oleh Dr. Harun Mat Piah mengandungi lima rangkap.

Pantun Budi menceritakan perihal budi yang baik bakal diingati orang. Selain itu, budi yang baik akan menjadi sebutan orang sepanjang masa. Pada keseluruhannya, budi dikaitkan dengan nama baik seseorang.


Rangkap 1: Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput,
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Jelas sekali bahawa pemantun mahu dirinya dikenang dengan sebutan nama baik, iaitu budi.

Rangkap 2: Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Seri Rama,
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggakan nama.
.
Sekali lagi penegasan tentang nama baik seseorang dibawa hingga ke mati. Budi yang di tabur oleh si mati akan tetap menjadi sebutan.

Rangkap 3: Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Budi, tidak kira sedikit atau banyak tidak akan hilang atau luput daripada kenang-kenangan orang yang pernah menerima budi.

Rangkap 4: Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun,
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.

Budi dikaitkan dengan kasih sayang. Orang yang menerima budi menganggap dirinya berhutang seribu tahun. Maknanya, hutang budi dikenang sepanjang hayat dan dibawa ke mati.


Tugasan:

a) Berikan maksud resam di dunia. (1 markah)

b) Nyatakan tiga kepentingan budi yang baik terhadap seseorang. (3 markah)

c) Jelaskan dua cara anda membalas budi baik seseorang. (4 markah)


Analisis Tugasan Soalan:

a) Soalan petikan: memerlukan jawapan ringkas tanpa huraian.

b) Soalan petikan: Ambilan isi petikan, tetapi perlu diprosakan mengikut ayat penyata.

c) Soalan KBKK: Isi luar petikan, perlu penjelasan tentang dua cara.


Cadangan Jawapan:

a) Maksudnya ialah adat kehidupan.


b) Kepentingan budi yang baik ialah menjadi kenangan orang lain, disebut hingga ke mati, dan
dianggap sebagai hutang oleh si penerima budi.

c) Saya akan membalas budi seseorang dengan cara mengucapkan terima kasih supaya dia
berasa dihargai. Selain itu, saya akan berdoa agar orang berkenaan dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki.

Cinta...